BLOGGERIANS

Monday, March 20, 2017

Projek ID - Interior Design

Rasa macam lama betul tak update blog. Faktor umur barangkali. Malas nak expose personal life yang biasa- biasa saja. 

Anyway ni projek tepi laki aku. Cari duit tepi kata ko. Hidup zaman Najib ni memang tak boleh duduk diam walaupun ko makan gaji. Kena ada back up. Yeah!









Ni projek banglo rumah ustaz. Entah berapa kali tukar design, masuk campur  mak pak mertua memang begitu, suruh buat sendiri tak mau pulak 🙄

Anyway, sesiapa nak buat renovation rumah, dapur ke, kedai ke, drawing untuk submission ke majlis... boleh la email aku - liyana.adz@gmail.com 

Nanti kita hantar Quotation okay?

Caj murah- murah je. Harga kawan- kawan. Hehehe. 

Monday, January 23, 2017

Rumah

Akhirnya aku dah buat benda terbesar dalam hidup aku iaitu beli RUMAH. 
HAHAHA. Kesian umur 31 tahun baru berjaya beli rumah. Orang lain dah lama beli ye tak. Dah lama riki-riki rumah tapi tu la baru cukup depositnya kannn

Beli dengan loan TM. Mudah je flow nya. Nampak smooth lagi setakat ni alhamdulillah :)

Bukan rumah idaman. Sub sale je.... setakat ni. Itu je yang mampu. Rumah untuk investment. InsyaAllah akan datang nak beli lagi untuk projek pencen. 

Tuesday, January 10, 2017

Giler buat kuih

Aku tak pasti kenapa dengan aku? Sejak dua menjak ni jadi giler buat kuih pulak hahaha. Padahal bukan nak makan sangat. 

Malam tadi aku buat kuih keria. Dekat pukul 10 lebih dok menguli lagi tepung dengan keledek oren tu sebab keledek putih takde pulak. Eh jadi kau kuih aku! Ahaha cuma gula sira dia cam tak jadi. Malam kang nak try buat lagi hehehe






Ni minggu lepas... aku buat donat pulak. Tapi yang ni guna resepi tak ada telur. Sedap giler haha matikla masuk bakul angkat sendiri haha






Buat banyak- banyak tak bermakan...sudahnya masuk  peti ais, kita frozenkan. Cara nak frozenkan senang je, goreng separa masak... sejukkan kejap pastu simpan dalam fridge kejap. Bila dah keras sikit baru masuk dalam plastik or bekas bertutup. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...